twitter






Seorang kenalan tak tahu mana datang selalu bercakap soal berkaitan agama..dier muallaf alhamdulillah dier dapat "nur" dan harap dier kekal sampai ke hujung nyawa dalam islam. 

Pernah beberapa kali ktorg berhujah soal aurat wanita & lelaki..soal rumah tangga..soal hukum hakam..soal kitab2 agama..soal ulama' dan alhamdulillah berhujah dengan orang berilmu dapat menambahkan ilmu agama. Kawan-kawan semua tak kira lelaki atau wanita semua agree sebab hujah yang masing-masing kluarkan cukup padat.

Tapi ada satu part yang ktorg (kawan-kawan perempuan) kurang bersetuju bila bab Poligami di jadikan hujah. Alhamdulillah ktorg faham hukum Poligami & Kebaikkan untuk Isteri Pertama diakhirat kelak. Yer betol semua kawan-kawan lelaki bersetuju dengan Poligami sebab itu kelebihan untuk lelaki. Sayangnya Adam tetap suka berbalah bab hukum Poligami dengan aku tapi alhamdulillah tak pernah kena point pun kalau dier nak berhujah guna segala ayat al-quran sebab aku tak pernah membangkang ayat-ayat suci al-quran.

Mereka (lelaki) cukup tahu syarat dan hukum nak berpoligami tapi hakikatnya tak pernah ikut. Secara jujurnya jasad tidak akan memberi ape-ape keuntungan kepada manusia tapi manusia lupa tentang soal HATI. Ayat-ayat al-quran semua berkata sesuatu yang benar tapi umat manusia memutar belit dari segala cara.Kalau nak ikut cakap lelaki confirm semua akan cakap "nabi muhammad sendiri berkahwin lebih dari 1" - mmm,time nak kawin tahu pulak lelaki ingat tentang hukum tentang cerita kisah NABI, tahu pulak wanita yang memberi izin suami berkahwin lagi akan dapat payung emas di syurga kelak..

Tapi secara realitinya zaman sekarang bukan lagi zaman nabi..dan lelaki sekarang adalah 0.01% yang mampu berlaku adil dari segala segi untuk kesemua isteri-isterinya. Isteri yang sorang pun belom tentu lelaki didik jadi isteri solehah dunia akhirat inikan pulak nak tambah isteri. Adakah lelaki ingat atau pura-pura lupa 1 benda isteri berbuat dosa akan si suami akan menanggung di akhirat kelak. 

Owh yer..macam mana lelaki nak ingat tentang dosa yang isteri buat sebab dosa itu tidak berbau..dosa itu tidak boleh nampak.

Kalau seorang isteri pun lelaki tak mampu nak didik..harap jangan pernah bermimipi untuk berkahwin 2 3 atau 4. Sebab dosa sendiri pun kalian tak mampu nak jaga ditambah pulak dosa adik-adik perempuan..kakak-kakak..dosa isteri yang sorang berapa banyak dosa yang kalian akan tanggung? Fikir ini dulu sebelom ikut nafsu yang takkan pernah ade pengakhirannya.

Andai kalian tahu saya bukan wanita yang menentang hukum berpoligami tapi secara realitinya kalau seorang lelaki itu mampu 100% ikut cara ISLAM dalam poligami dengan izin ALLAH tak mungkin saya tentang.Ini adalah pendapat saya secara peribadi.

Video diatas adalah contoh kehidupan poligami. Tonton dan ambil iktibar walaupun ia sekadar lakonan tapi tak mustahil ia pernah berlaku secara realiti di muka bumi ini.




Bulu Kening

Menurut Bukhari bahawa :
"Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." (Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki(atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur : 31)

Keterangan :

Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.” (An-Nur : ayat 31)

Gigi
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya." (Riwayat At-Thabrani)

"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Muka dan Tangan

"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah : Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari)

Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Mata

"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." (An Nur : 31)

Sabda Nabi saw :

" Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

Mulut (suara)

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Al Ahzab: 32)

Sabda Rasullullah saw :

"Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik)dan penyanyi perempuan,maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah)

Kemaluan

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka." (An Nur : ayat 31)

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar)

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)

Pakaian

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti."(Riwayat Ahmad, Abu Daud,An Nasaii dan Ibn Majah)

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keterangan :

Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." (Al Ahzab :ayat 59)

Rambut

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."(Riwayat Bukhari dan Muslim)



{1}Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya {2}Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya {3}Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?” {4}Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: {5}Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian) {6}Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka {7}Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! {8}Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

{Surah Al-Zalzalah}



Sesungguhnya keharaman arak, telah dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)” (surah Al-Maidah : 90-91)

Sesungguhnya Allah melaknat sepuluh golongan yang berkaitan dengan arak, iaitu berdasarkan kepada Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas;

أن النبي صلى الله عليه وسلم أتاه جبريل فقال‏:‏ يا محمد إن الله لعن الخمر وعاصرها ومعتصرها‏،‏ وحاملها والمحمولة إليه وشاربها وبائعها‏،‏ ومبتاعها وساقيها‏

Maksudnya;
“Sesungguhnya Nabi SAW didatangi oleh Jibril lalu berkata : Wahai Muhammad, Sesungguhnya Allah melaknat arak dan pemerahnya, Orang yang meminta memerahnya, pembawanya, yang dibawa kepadanya, peminumnya, penjualnya, pembelinya dan penuangnya” (hadis riwayat At-Tarmizi, Abu Daud dan Hakim. Telah mensahehkannya oleh Syaikh Albani didalam “saheh Jamik Saghir (2/907))

Dari firman Allah dan Hadis yang tersebut, jelas kepada kita bahawa arak adalah sesuatu yang diharamkan oleh Allah.

BEKERJA DI TEMPAT YANG ADA MENJUAL ARAK

Fuqaha’ telah menetapkan kaedah umum, iaitu ;

أن للوسائل أحكام المقاصد

Maksudnya;
“Sesungguhnya, bagi (hukum) Wasilah (perantara) seperti hukum maqasid (tujuan)”

Maka dengan demikian, setiap perkara yang membawa kepada haram, maka ianya dikira sebagai haram dalam apa jua bentuk sekalipun, ini kerana, ianya dibawah ketegori ta’awun (Bantu membantu) dalam melakukan dosa.

Firman Allah ;

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya;
“Bantu membantulah kamu dalam melakukan kebajikan dan ketaqwaan, dan jangan kamu Bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan” (surah Maidah : 2)

Imam Al-Izz Bin Abdus Salam menyatakan didalam kitab Qawaid Al-Ahkam ;

للوسائل أحكام المقاصد فالوسيلة إلى أفضل المقاصد هي أفضل الوسائل والوسيلة إلى أرذل المقاصد هي أرذل الوسائل

Maksudnya;
“Bagi Wasail (perantara) adalah hukum maqasid. Wasilah kepada maqasid yang afdhal adalah seafdhal-afdhal Wasail. Dan Wasilah kepada seburuk-buruk Maqasid adalah seburuk-buruk Wasail” (lihat Qawaid Al-Ahkam (1/46)

Dari kaedah ini, difahami bahawa setiap perkara yang membawa kepada haram, maka perkara tersebut dikira sebagai haram juga.

Sekiranya bank yang mengamalkan system riba adalah sesuatu yang diharamkan, maka semua tindakan kearah memajukan bank tersebut dikira sebagai haram. Seperti orang yang bekerja sebagai akauntannya, scuritinya, juru kira-kiranya dan seterusnya.

Ini dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW;

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم آكل الربا ومؤكله وكاتبه وشاهديه وقال : هم سواء
رواه مسلم.
Maksudnya;
“Melaknat oleh Rasulullah SAW akan pemakan riba, pewakilnya, penulisnya dan dua saksinya. Dan berkata: mereka (semuanya) adalah sama (dari segi dosa)” (hadis riwayat Muslim)

Begitujuga, hukum haram kepada orang yang menjual dan bersekongkol dalam memajukan arak.

Ini dikuatkan dengan sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang saheh;

إن الله تعالى حرّم بيع الخمر والميتة والخنزير والأصنام

Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah ta’ala mengharamkan Jual Arak, bangkai, Khinzir dan Patung berhala” (hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berkata As-Syaikh Ibnu Quddamah Al-Muqaddasi dalam mensyarahkan perkataan Al-Khurqi;

‏وبيع العصير ممن يتخذه خمراً باطل

Maksudnya;
“menjual perahan (anggur atau apa pun) kepada orang yang mengambilnya (untuk dijadikan) arak, adalah batil”

Sebahagian Ulama Syafiiyyah berpendapat, menjual perahan (anggur) kepada orang yang hendak menjadikan arak adalah haram. Tetapi makruh sekiranya disangsikan untuk dijadikan arak.

Berkata As-Syaikh Ibnu Quddamah ;

“Begitulah hukum pada tiap-tiap perkara yang diqasadkan kepada yang haram, seperti menjual senjata kepada ahli harb (orang yang mesti diperangi) atau kepada qutta’ at-tariq (perompak tengah jalan), atau pada melakukan perkara fitnah, dan menjual akan alat muzik atau menyewakannya (untuk dijadikan alat melalaikan) atau menyewakan rumahnya untuk menjual arak padanya, atau menyewakan rumah untuk dijadikan gereja atau rumah api (untuk orang majusi) dan yang seumpama dengannya. Maka semua ini adalah haram dan aqadnya juga batal” (Al-Mughni : 4/207)

APA YANG HENDAK DIBUAT DENGAN HARTA HARAM?

Setiap harta yang terhasil dari pekerjaan haram, wajib di bersihkannya dengan di habiskan kepada bentuk kebajikan dan untuk kemaslahatan umum, seperti diberikan kepada fakir miskin, orang yang memerlukan, anak-anak yatim, muassasah kemasyarakatan atau seumpama dengannya.

Tidak harus kepada pemilik harta haram itu membelanjakan harta tersebut untuk dirinya, isterinya dan semua tanggungannya.

Harta haram tersebut tidak boleh dibuang dan dibazirkan, ini kerana perbuatan tersebut dilarang oleh Syarak.

Harta tersebut juga, mesti diambil dari pihak pemberi gaji, ini kerana, sekiranya tidak diambil, pihak ‘pemberi gaji’ akan menggunakan duit tersebut kepada menguatkan lagi usahanya kepada perkara yang haram.(lihat ulasan Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitab “Fatawa Maasarah” (1/606))

Maka dengan demikian, duit yang terhasil dari perkara haram, adalah haram bagi diri pekerja dan diri ‘pemberi gaji’. Oleh itu, wajib kepada pekerja mengambil duit tersebut dan diberikan kepada tempat-tempat kebajikan, seperti rumah anak yatim, fakir miskin dan sebagainya.

KESIMPULAN

Ingatlah sabda Rasulullah SAW dari hadis yang diriwayatkan oleh An-Nu’man bin Basyir RA;

الحلال بين والحرام بين وبينهما أمور مشتبهات فمن اتقى الشبهات فقد استبرأ لدينه وعرضه

Maksudnya;
“Halal itu jelas dan haram itu jelas. Dan diantara kedua-duanya adalah perkara yang kesamaran. Barangsiapa yang takut (menjauhi) perkara syubhat (kesamaran), maka sesungguhnya dia telah membersihkan bagi agamanya dan maruahnya” (muttafaqun Alaih)


Kepada sesiapa yang mempunyai kawan yang masih lagi bekerja di tempat-tempat yang bergelumang dengan perkara haram, wajib kepadanya menasihati kawan-kawannya itu agar mencari rezki dan bekerja di tempat yang lain.

Pesanlah kepada mereka dengan firman Allah;

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Maksudnya;
“Barangsiapa yang takutkan Allah, nescaya Allah jadikannya jalan keluar dan merezkikannya dari sudut yang tidak disangka-sangka. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka itu memadainya. Sesungguhnya Allah menyampaikan urusannya, sesungguhnya Allah menjadikan bagi setiap perkara dalam keadaan berkuasa” (surah At-Talaq : 2-3)

Begitujuga, firman Allah lagi

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْراً

Maksudnya;
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah jadikan kepadanya dari urusannya menjadi mudah” (surah At-Talaq : 4)



Some people can't forget their 1st love,

Others can't forget their last,
the luckiest are those 
whose 1st love last..

11 tahun..ermm satu jangka masa yang terlalu lama. 7 tahun yang ditunggu pun dah berlalu semua nya dah berubah.

people change followed by the time..





4 bulan dari sekarang semua akan berakhir dan semua barang ini I'll send it to you with my wedding invitation card.