Posted in
Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut:
“Aku ingin agar diberikan perhatian tentang perkara yang penting
mengenai hudud; bahawa Islam tidak terkejar-kejar mencari bukti, tidak
mengintai untuk melaksanakan hukum ke atas pelaku kesalahan, tidak
mencipta alat untuk mencari rahsia pelaku maksiat atau memasang kamera
tersembunyi mengambil gambar ketika mereka melakukan jenayah. Tidak pula
menguatkuasakan polis pencari jenayah atau perisik untuk mengintip
mereka yang menyanggahi syarak sehingga ditanggap yang terbabit. Bahkan
kita dapati panduan Islam dalam hal ini tegas setegas-tegasnya dalam
memelihara kehormatan peribadi manusia, pengharaman tajassus (mengintip)
dan mencari keaiban manusia. Tidak boleh dilakukan oleh individu, tidak
juga oleh pihak kerajaan”.