twitter


Hubungan yang dirancang akhirnya separuh jalan.Antara kita ada sebuah kisah pilu dan kenyataannya kamu dan saya di landasan berbeza. Jalan ini saya yang pilih,atas dasar penantian kepada sesuatu yang tak mungkin jadi kenyataan (harapan palsu).

Kenyataan yang amat pedih, dalam kebahagiaan saya kecapi tidak disangka ianya kebahagiaan palsu.Terima Kasih untuk itu, suka atau tidak itu yang kamu berikan.

Kekesalan kamu luahkan sudah tiada erti selepas berkali-kali hati ini disakiti.Tertutup sudah segala pintu hati untuk kamu dan selepas kamu.Senekad ini saya ambil keputusan ini,bermaksud senekad sudah untuk menutup pintu hati.

Beku sudah hati ini kerana kamu..tega sekali kamu lukakan nya,pernah kah kamu terfikir andai ia dilakukan oleh insan lain terhadap kamu. Mungkin tika itu sudah tiada makna lagi untuk dikesali.

Terima Kasih atas segala mesej-mesej kiriman kamu mengatakan sesuatu yang amat jelik mengenai diri ku.Tidak pernah terbayang oleh diriku,untuk kamu yang bakal memburuk-burukkan diri ku.

Suatu perubahan akan terjadi dan ia amat menyakitkan jiwa raga tapi demi sebuah kehidupan ia harus dilaksanakan.

YA ALLAH,Bantulah Hamba-mu ini dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang penuh rintangan dan halangan,Amin.