twitter



{1}Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya {2}Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya {3}Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?” {4}Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: {5}Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian) {6}Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka {7}Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! {8}Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

{Surah Al-Zalzalah}


0 comments: