twitter


Hubungan yang dirancang akhirnya separuh jalan.Antara kita ada sebuah kisah pilu dan kenyataannya kamu dan saya di landasan berbeza. Jalan ini saya yang pilih,atas dasar penantian kepada sesuatu yang tak mungkin jadi kenyataan (harapan palsu).

Kenyataan yang amat pedih, dalam kebahagiaan saya kecapi tidak disangka ianya kebahagiaan palsu.Terima Kasih untuk itu, suka atau tidak itu yang kamu berikan.

Kekesalan kamu luahkan sudah tiada erti selepas berkali-kali hati ini disakiti.Tertutup sudah segala pintu hati untuk kamu dan selepas kamu.Senekad ini saya ambil keputusan ini,bermaksud senekad sudah untuk menutup pintu hati.

Beku sudah hati ini kerana kamu..tega sekali kamu lukakan nya,pernah kah kamu terfikir andai ia dilakukan oleh insan lain terhadap kamu. Mungkin tika itu sudah tiada makna lagi untuk dikesali.

Terima Kasih atas segala mesej-mesej kiriman kamu mengatakan sesuatu yang amat jelik mengenai diri ku.Tidak pernah terbayang oleh diriku,untuk kamu yang bakal memburuk-burukkan diri ku.

Suatu perubahan akan terjadi dan ia amat menyakitkan jiwa raga tapi demi sebuah kehidupan ia harus dilaksanakan.

YA ALLAH,Bantulah Hamba-mu ini dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang penuh rintangan dan halangan,Amin.


"Duk Kulim ker?" tetiba jer ade orang tegur macam tu,memang terkejut la sebab time tu tak de sape2.Pusing belakang lagi bertambah kejutan,N... rupanya.OMG!!!dalam hati bunga sedang berkembang. Aku berpaling ke depan terus jalan tanpa menjawan pertanyaan dier,tetiba rasa tak de adab lak,so i juz reply ha'ah kulim. Terus dier lajukan langkah so kitorg jalan seiring,Kulim kat mane?soalan lanjutan,taman selasih...owh kenapa tak pernah nampak pun?haha taman selasih kat mane?wow..so sweet to know details..kat belakang petronas or dari balai polis terus je belah kanan rumah saya.owh tapi pelik tak pernah nampak kan. so my last word is balik keje terus masuk rumah tak de keluar2,terkejut dier terus cakap amboi bagusnyaa...i love him!!!! lepas tu dier juz senyum dengan wow..menggoda kot, tapi kalau senyum tu memang tiap2 hari dier kasi..but i think this is more special.

Rabu - 2011.02.23 hari terakhir dier di Molex.

Tak diduga and tak disangka,dier datang kat annual dinner...alhamdulillah ingatkan tak jumpa terus,dari jarak 30 langkah dier senyum,but maby sibuk nak bergambar tak de peluang lah lagi nak jumpa. Yes,i knew it something and ini bukan syok sendiri punya statement setiap perbuatan,pergaulan,pergerakan aku sume dalam perhatian dier and he know me better than i know him.

Good Luck for "You" and "You" always in my mind seriously.