twitter


Puasa mempunyai hikmat-hikmat dan faedah-faedah yang banyak, antaranya:


Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba-hambanya.

Melatih jiwa supaya mempunyai rasa belas kasihan terhadap orang-orang yang susah dan menderita.

Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat-sifat tamak, sombong dan hasad dengki.

Melatih diri supaya bersifat sabar dan tabah menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup.

Menanamkan semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama itu dapat menimbulkan perpaduan.

Menanamkan semangat sama rata dan menjauhkan sifat membeza-bezakan di antara kaya miskin, hina mulia,raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung peritah Allah.

Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peaturan dan menghargai masa kerana puasa mempunyai batas-batas waktu yang tertentu.

Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh badan dari daki-daki dan lemak-lemak makanan yang bekerja sepanjang tahun.

Memberi kerehatan kepada alat-alat di dalam tubuh badan - terutamanya alat pengisar makanan yang bekerja sepanjang tahun.

Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadah kerana Bulan Ramadhan mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul-Qadar dan Sembahyang Tarawih
.

0 comments: